Monday, July 2, 2012

KEADILAN Jempol mendepani isu peneroka ke arah kemenangan PRU-13

Kesungguhan membawa perubahan politik dan kehidupan kepada rakyat khususnya di Negeri Sembilan adalah iltiziam tinggi KEADILAN Jempol yang menyedari perubahan itu mampu dijelmakan dengan meneruskan usaha mendepani permasalahan-permasalah warga peneroka di kawasan-kawasan rancangan Felda di seluruh Jempol.

Sebelum tahun 2008, agak mustahil sekali kepada pihak pembangkang untuk menembusi kawasan-kawasan rancangan Felda yang dijadikan blok sokongan tegar Umno-BN sejak tahun 1960an lagi. Undi popular yang diperolehi oleh calon-calon pembangkang khususnya KEADILAN dan PAS di bawah 30 peratus membuktikan sokongan amat rendah kerana kejayaan dasar politik terancang Umno-BN iaitu pecah dan perintah ke atas peneroka-peneroka.

Bermula pertengahan tahun 2009, KEADILAN Negeri Sembilan melalui Cabang Jempol telah merintis gerakan membela peneroka yang ditindas akibat penipuan terancang Felda ke atas hasil jualan buah sawit peneroka. Seramai lebih 700 peneroka dari Felda Serting Hilir dan Raja Alias telah bergabung memfailkan tuntutan mereka ke Mahkamh Tinggi Seremban.

Cetusan itu telah membibitkan rentetan-rentetan tindakan saman peneroka dari beberapa kawasan rancangan di Palong, Serting, Bukit Rokan Utara dan  Kepis untuk menuntut hak-hak peneroka yang dimanipulasi oleh Felda tanpa disedari oleh peneroka. Jika disedari pun, peneroka akan berdepan dengan pelbagai ancaman yang dijalankan oleh Felda sendiri.

Permasalahan itu bukan sahaja meliputi penipuan hasil tanaman tetapi ia turut melibatkan jumlah pinjaman perumahan oleh peneroka daripada Felda, elaun sara diri, penyata hasil dan hutang, isu pemilikan tanah dan geran tanah peneroka, pemansuhan hak-milik tanah peneroka, penyingkiran peneroka dari rancangan dan terkini isu saham Felda Global Ventures.

Harus diakui oleh rakan komponen dan lawan bahawa gerakan yang dirintis oleh KEADILAN Jempol yang awalnya dimulakan oleh Warga Felda Perihatin telah menjelmakan harapan dan semangat kepada para peneroka di seluruh Jempol untuk melakukan perubahan.

KEADILAN Jempol juga baru-baru ini telah berjaya menubuhkan Ranting Palong 2 dan Palong 1 di Dun Jeram Padang. Perkembangan organisasi KEADILAN peringkat cabang telah melahirkan kebimbangan pihak Umno-BN ditambah dengan kerancakan siri ceramah umum yang digerakkan bersama komponen Pakatan Rakyat Negeri Sembilan secara konsisten di seluruh Jempol.

1 comment:

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI