Wednesday, July 25, 2012

Umno memperkukuhkan cengkaman di Sungai Lui dengan durian runtuh!

Keratan berita Sinar Harian 24 Julai 2012 

Walaupun Felda Pasoh 3 berada dalam Daerah Jempol, namun dalam persempadanan politik ia berada dalam Parlimen Jelebu iaitu dun Sungai Lui. 

Dalam memperkukuhkan cengkaman dan pengaruh di Dun Sungai Lui, pihak pemerintah telah menyampai sumbangan durian runtuh Felda sebanyak RM5,000 kepada 535 penerokawati atau isteri-isteri para peneroka kawasan tersebut.

Strategi menurunkan imbuhan atau durian runtuh ini amat berkesan kepada para golongan wanita di kawasan Felda. Pihak Umno menyedari kelebihan kemenangan di Sungai Lui adalah disumbang secara besar oleh para pemilih wanita.

Namun begitu, pihak PR wajar meneliti situasi di atas dalam mempertingkatkan gerak kerja menarik sokongan pemilih-pemilih wanita Felda. Ada juga kawasan-kawasan Felda lain yang tidak menerima imbuhan seperti ini secara segera. Keadaan yang seakan diskriminasi sememangnya wujud kerana berlaku juga perpecahan antara proksi Umno di kebanyakan kawasan Felda, akan tetapi ia agak gagal dimanipulasi oleh PR secara berkesan.


No comments: