Monday, July 16, 2012

'Buku Jingga Wanita' janji suri rumah RM50 sebulan





Wanita Pakatan Rakyat melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) - ala Buku Jingga - yang memperuntukkan pelan pembangunan "mengangkat martabat Wanita" melibatkan kos RM5 bilion jika berjaya menawan Putrajaya.

Ia antaranya memperkenalkan Caruman Wanita Nasional RM50 bulanan kepada suri rumah dan caruman antara RM10 hingga RM100 oleh suami kepada isteri sebagai simpanan hari tua, perubatan dan tabung bantuan musibah.

NONE"Pakatan berhasrat memperkenalkan Caruman Wanita Nasional khusus sebagai pengiktirafan terhadap peranan wanita dalam masyarakat.

"Kita mempercayai bahawa bantuan jika diberikan tidak boleh berbentuk sekali sekala, tetapi bantuan perlu bersifat membina dan berterusan," kata Ketua Wanita DAP Chong Eng.

Perkara lain yang ingin dilaksanakan, Penubuhan Sokongan Wanita Bersepadu (PADU) di peringkat nasional dan menubuhkan Pusat Wanita Berdaya untuk menggerakkan latihan dan ilmu kepada kumpulan wanita.

No comments: