Friday, November 20, 2009

Konvensyen PKR Negeri Sembilan 2009

PKR Negeri Sembilan akan menganjurkan satu konvensyen khas kepada anggota partinya pada hari Ahad ini. Semua anggota parti seluruh Negeri Sembilan dijemput hadir ke konvensyen ini.

Konvensyen akan bermula jam 9.00 pagi. Para anggota parti diminta hadir awal pagi kerana pendaftaran peserta akan bermula jam 8.00 pagi.

Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan amanatnya pada hari tersebut.

Monday, August 24, 2009

Rebin Birham kembali memimpin AMK Negeri Sembilan


Naib Ketua Cabang Jempol, saudara Rebin Birham baru-baru ini telah dilantik sebagai Ketua AMK Negeri Sembilan yang baru oleh Ketua AMK Malaysia, saudara Shamsul Iskandar Akin.

Beliau telah menggantikan Ketua AMK Negeri sebelum ini, saudara Halim A Aziz. Ini merupakan antara program penyusunan yang sedang dijalankan oleh AMK Malaysia di seluruh Malaysia bagi memantapkan AMK negeri-negeri disamping mengukuhkan persefahaman anggota-anggota AMK.

Pertemuan Tertutup Bersama DSAI


Satu pertemuan tertutup antara Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri Sembilan dengan Ketua Umum, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah diadakan di Hotel Royale Bintang, Seremban pada 11hb Ogos 2009 lalu.

Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh seluruh Jawatankuasa MPN Negeri Sembilan. Cabang Jempol telah dihadiri oleh Ketua Cabang, saudara Karip Salleh dan Ketua AMK Jempol saudara Halim A. Aziz.

Dalam pertemuan ini, DSAI telah menjelaskan secara ringkas situasi politik semasa dan kes liwat yang sedang beliau hadapi.

Pejabat Baru Cabang Jempol

Baru...Pejabat Cabang Jempol

Pejabat Cabang Jempol telah dibuka dan beroperasi di Bandar Baru Seri Serting. Premis rasmi PKR Jempol ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Baharin Abbas pada 25hb Julai 2009 lalu dalam Program MPN Turun Ke Cabang Jempol.

Turut serta dalam program tersebut seluruh Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri Sembilan.

Rethinking Menawan Negeri Sembilan


Sesi perbincangan mengkaji, meneliti & merangka pelan kawasan yang ingin ditandingi.



Antara peserta yang terlibat dalam bengkel Rethinking Menawan Negeri Sembilan.


Ucapan penutupan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan N Sembilan merangkap
Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas.


Angkatan Muda...saudara Rebin Birham (kanan sekali) hadir atas kapisiti AMK Negeri. Ketua AMK Telok Kemang, saudara Amir Abu Bakar (dua dari kiri), setiausaha Cabang Rembau, Norazizi A Aziz dan saudara Ruzaili Abd Karim (dua dari kanan).

Program: Rethinking Menawan Negeri Sembilan.
Tarikh: 10,11 & 12 Julai 2009.
Tempat: Port Dickson, Negeri Sembilan.

Wednesday, February 11, 2009

PKR Komited Pertahankan Rukunegara

RUKUNEGARA
-
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
-
Prinsip Rukunegara ini adalah asas pegangan seluruh rakyat yang mengaku diri mereka sebagai warganegara Malaysia. Tidak ada mana-mana warganegara yang harus mempertikai atau ingkar dengan prinsip ini. Melanggar prinsip ini bermakna menyanggah kehidupan kenegaraan yang merupakan asas ke arah keharmonian keamanan dan kesejahteraan rakyat keseluruhan.
-
Kekecohan yang berlaku akhir-akhir ini adalah fenomena daripada penyangghan kepada prinsip Rukunegara tersebut. Seluruh tumpuan rakyat terarah ke negeri Perak Darul Ridzuan akibat kekecohan yang berlaku selepas penubuhan kerajaan "haram" yang lahir daripada proses 'kudeta' atau rampasan kuasa yang bertentangan dengan prinsip ketiga Rukunegara.Untuk mempertahankan keluhuran Perlembagaan, memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit nilainya.
-
Para penggubal pelaksana dan mereka yang terlibat dengan perundangan adalah mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan membelai Keluhuran Perlembagaan ini. Hanya dengan terpeliharanya Keluhuran Perlembagaan barulah prinsip kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara dapat dipelihara.Kesetiaan kepada Negara yang Raja menjadi tonggaknya adalah usaha mempertahankan nilai-nilai yang termaktub di dalam sistem kenegaraan.
-
Antara lain dalam sistem itu adalah proses demokrasi yang telah diterima pakai oleh rakyat keseluruhan. Mereka yang menentang demokrasi atau lebih dashyat lagi cuba menubuhkan kerajaan haram adalah mereka yang TIDAK SETIA kepada negara dan MERENDAH-RENDAHKAN martabat Raja atau isntitusi kesultanan. Ia adalah umpama setitik nila yang merosakkan susu sebelanga. Titik hitam ini memberi imej yang cukup buruk terhadap negara pada pandangan dunia luar.
-
Lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh mereka yang menggelarkan diri mereka BAKAL PERDANA MENTERI Malaysia. Contoh apakah yang hendak mereka tunjukkan kepada rakyat negara ini apabila mereka mengajar rakyat untuk memcemar kesetiaan kepada raja dan negara? Teladan apakah yang hendak mereka terjemahkan apabila ia mengajar rakyat menggungkapkan "sumpah si Jebat"- Raja Adil Raja Disembah Raja Zalim raja disanggah! Mamak Bendahara telah salah menasihat raja sehingga negeri ditimpa petaka. Bukankah keroh di hilir kerana keroh di hulu? Rakyat tidak akan bertindak kerana prinsip kesopanan dan kesusilaan masih terpahat di jiwa mereka. Tetapi kisah Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun telah memaktubkan piagam rakyat dan raja.
-
Pencacai-pencacai Umno jangan celupar mulut mengatakan penyokong Pakatan Rakyat menyembah bicara derhaka kerana yang mengajar rakyat menderhaka kepada raja adalah bekas Presiden Umno! Lantaran itu, tidak ada seorang pun yang bersuara tatkala Almarhum Tuanku Jaafar yang ketika itu menjadi Yamtuan disaman oleh sebuah bank sedikit masa dulu tetapi kini sibuk membakar semangat perkauman dengan mengapi-apikan kenyataan Karpal Singh ingin menyaman Kebawah Duli Sultan Perak.
-
Keluhuran Perlembagaan adalah hasil daripada Kedaulatan Undang-undang dan Kedaulatan Raja-raja adalah manifestasi daripada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang tersebut. Itulah sebabnya orang tua-tua menasihatkan supaya kebencian orang jangan dicari, kesayangan orang jangan diambil dan jangan menjolok sarang tebuan.
-
Pakatan Rakyat telah menyatakan bahawa Suara Rakyat Suara Keramat. Oleh itu, janganlah dicari-cari kebencian rakyat kerana rakyat telah muak dengan permainan kapitan-kapitan Umno dan Barisan Nasional. Belum pun reda pemilihan mereka di bahagian, di mana mereka berebut kerusi untuk mempertahankan kuasa dan dengan kuasa ini mereka boleh membolot kekayaan sedangkan rakyat tetap hidup menderita. Rakyat tahu mereka menari di atas kesengsaraan rakyat. Rakyat faham mereka menubuhkan kerajaan haram untuk menambah wang haram bagi kepentingan mereka. Mereka mengheret raja-raja dalam pelbagai cara supaya mereka mencapai tujuan jahat mereka.
-
Mereka menjadikan Michevelli sebagai guru. Kini sekali lagi, Umno menjatuhkan martabat raja dan mengajar rakyat mengungkap sumpah si Jebat. Dalam kelembutan rakyat yang penuh Kesusilaan dan Kesopanan, Hang Najib "menyelam teras terendam".Justeru itu, orang-orang Umno dan BN mestilah belajar memahami Rukunegara sebelum berbicara tentang sembah derhaka.Merekalah yang membunuh imuniti Raja-raja. Merekalah yang menggunting dalam lipatan. Merekalah api di dalam sekam. Oleh itu, jika mereka hendak berpencak, berpencaklah di gelanggang terbuka. Bubarkan dewan dan biarkan rakyat membuat pilhan mereka. Jangan berselindung di sebalik bayang Raja-raja kerana rakyat lebih mengenal yang mana manikam yang mana permata!
-
BIRO PENERANGAN PKR NEGERI SEMBILAN

Thursday, January 29, 2009

PELANCARAN GERAKAN MANSUHKAN PPSMI (GMP)

Bersempena dengan program khas Pelancaran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang akan berlangsung pada hari Sabtu 31 Januari 2009, pada jam 3.00 petang bertempat di Dataran Kompleks Membeli-Belah SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semua rakyat digesa hadir menyokong para tokoh bahasa dan pemimpin Pakatan Rakyat agar menyampaikan bantahan kepada kerajaan BN.

Perhimpunan ini bakal menyaksikan penglibatan tokoh-tokoh berwibawa yang mewakili institusi bahasa, akademik, profesional serta parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Antara yang dijangka hadir adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Dr. Shahrin Md Zain, Prof. Abdullah Hassan, Ainon Mohd., Hasni Abas, Suhaizan Kayat, parti PAS dengan Dr. Nasharuddin Md. Isa, Mohd. Sabu bersama Pemuda PAS diketuai Salehuddin Ayub, manakala PKR dengan peneraju utama Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Pusat) bersama jentera padu AMK khususnya dari Wilayah Persekutuan dan Selangor dan disokong oleh ahli MPT PKR Tian Chua dan lain-lain.

Penggerak utama bagi Parti KeADILan Rakyat, Angkatan Muda KeADILan (AMK) menyeru agar semua lapisan rakyat Malaysia agar turut sama berhimpun sebagai simbol teguh menyatakan bantahan terhadap dasar kerajaan yang ternyata gagal ini, dan juga protes pada semua permasalahan isu PPSMI yang telah lama berlarutan dan telah mengakibatkan pelbagai masalah melanda prestasi pembelajaran para pelajar sekolah dan lanskap akademik negara.

Sidang media besar-besaran dan penghebahan pelbagai inisiatif program dan gerakkerja lanjutan bersama para pendesak GMP dijangka akan dilakukan pada hari tersebut. Semua ini adalah dalam tuntutan ke arah Himpunan 100 ribu Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang dijangka diadakan 7 Mac depan.


ROZAN AZEN MAT RASIP
KETUA AMK BATU
NAIB KETUA AMK W/P
012 657 7878

Wednesday, January 7, 2009

DEMO Rakyat NS Sokong Palestin 9 Jan Senawang

DEMONSTRASI Rakyat Negeri Sembilan Menyokong Perjuangan Rakyat Palestin
JUMAAT 9 Januari 2009
Di Perkarangan Masjid Bandar Baru Senawang , N.Sembilan
Selepas Solat Jumaat
Semua Dijemput Hadir

Anjuran : Koordinator Sukarelawan Selamatkan Al Quds dan Gabungan NGO
Hubungi 019-2998345(azizi keadilan Rembau 0123696474)