Wednesday, July 25, 2012

Perihatin Rakyat PR Jempol





Pada hari Selasa/ 24 Julai 2012 lalu, ADUN Bahau-YB Teo Kok Seong bersama YDP Pas Kawasan Jempol, Abd Rahman Ramli dan Penyelaras DUN Jeram Padang-T.Kumar telah mengadakan lawatan ke rumah seorang warga tempatan-Encik Rajumanan di Taman Meranti, Bahau yang mengganggur kerana mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan stroke.

Lebih membebankan keadaan beliau selain tidak bekerja kerana sakit, beliau juga terpaksa menjaga isterinya-Puan Kandamani yang mengidap stroke.

Atas dasar perihatin dan aduan jiran terdekat, ADUN Bahau bersama-sama pimpinan PR Jempol datang melawat untuk melihat keadaan individu tersebut.

Saudara T. Kumar turut menyampaikan sumbangan ikhlas sebagai meringankan seketika bebanan hidup yang dialami oleh keluarga ini.

Jika ada yang ingin membantu dan menyumbang buat Encik Rajumanan dan Puan Kandamani, boleh menghubungi terus talian berikut;

YB Teo Kok Seong: 019-2822 698
T.Kumar: 019-385 6703


No comments: